Gardenia Bawa Senyuman pada Hari Pertama Persekolahan 2026 dengan Snek Enak Squiggles

Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 yang bertujuan untuk menceriakan suasana hari pertama sekolah khusus buat murid-murid Tahun 1, di samping mengurangkan rasa gementar dan membina semangat positif dalam diri murid untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.

“Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang lazat untuk kanak-kanak. Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll   yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran ramai, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus membawa keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

“Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti sekolah termasuk para guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam usaha membina generasi yang ceria, aktif dan bertenaga,” tambah beliau lagi.

Program yang berlangsung dari jam 6.30 hingga 10.00 pagi itu turut disambut meriah oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia menceriakan suasana di pintu masuk sekolah menerusi pengedaran Gardenia Squiggles kepada murid. Lebih istimewa, 10 orang murid terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk terus berdisiplin serta bersemangat memulakan hari persekolahan setiap pagi.

Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas bersama murid menerusi aktiviti kuiz semasa perhimpunan. Sesi ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara tidak langsung mendidik mereka tentang pilihan snek yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila murid-murid tampil dengan penuh keyakinan untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.

Gardenia berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembelajaran positif serta menyemai motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.

About Gardenia Bakeries

Ditubuhkan pada tahun 1986, Gardenia KL kini merupakan pengeluar roti terkemuka di Asia Tenggara. Dengan 39 tahun beroperasi, Gardenia mengendalikan beberapa bakeri di Malaysia dan menghasilkan 64 jenis produk setiap hari, termasuk pelbagai roti buku, roti ban, roti roll, kek, wafel, dan produk lain seperti lepa, mi kuning dan mi segera.

Dalam semangat memberi dan berkongsi, Gardenia menyumbangkan roti segar setiap hari, secara percuma, kepada lebih 80 organisasi kebajikan, termasuk rumah warga emas, rumah anak yatim, serta pusat dan sekolah bagi golongan kelainan upaya. Malah, lapan daripada organisasi ini telah menerima sumbangan daripada Gardenia sejak tahun 1991, mencerminkan komitmen berterusan dalam membantu masyarakat. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, sila layari www.gardenia.com.my.

This press release has also been published on VRITIMES

  • Related Posts

    The Governance Gap Malaysia Can No Longer Ignore: Inside She Leads. She Defends. 2026

    Malaysian organisations have moved quickly to adopt artificial intelligence. Whether they are ready to govern it is a very different question, and one that sat at the centre of She…

    Continue reading
    Case Valker Launches EVE2 Collection, Bringing Premium Lightweight Luggage to Long-Haul Travellers From RM149

    The polycarbonate hard-shell range combines a front-access laptop compartment, silent spinner wheels, and a 5-year shell warranty at a price point well below comparable competitors. Case Valker, a Malaysian travel…

    Continue reading

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    The Governance Gap Malaysia Can No Longer Ignore: Inside She Leads. She Defends. 2026

    • By vritimes
    • September 14, 2026
    • 1 views
    The Governance Gap Malaysia Can No Longer Ignore: Inside She Leads. She Defends. 2026

    Case Valker Launches EVE2 Collection, Bringing Premium Lightweight Luggage to Long-Haul Travellers From RM149

    • By vritimes
    • September 11, 2026
    • 4 views
    Case Valker Launches EVE2 Collection, Bringing Premium Lightweight Luggage to Long-Haul Travellers From RM149

    Club Tourism Opens International Sales for Its MLIT Award-Winning Hokkaido Drift Ice Tour for Winter 2027

    • By vritimes
    • September 11, 2026
    • 3 views
    Club Tourism Opens International Sales for Its MLIT Award-Winning Hokkaido Drift Ice Tour for Winter 2027

    Ondo Finance and FLOQ Signed MoU Bringing Exposure to Tokenized U.S. Stocks and ETFs to Indonesia

    • By vritimes
    • September 10, 2026
    • 4 views
    Ondo Finance and FLOQ Signed MoU Bringing Exposure to Tokenized U.S. Stocks and ETFs to Indonesia

    Feline Stress Comes Into Focus Among Malaysia’s Indoor Cat Owners

    Feline Stress Comes Into Focus Among Malaysia’s Indoor Cat Owners

    Case Valker Malaysia Emerges as a Go-To Luggage Brand for Local Travelers

    Case Valker Malaysia Emerges as a Go-To Luggage Brand for Local Travelers